KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Kerajaan bersetuju menaikkan elaun pelatih yang sedang menjalani latihan amali di kementerian, jabatan dan agensi kerajaan daripada RM1.60 sejam ke RM5 sejam berkuatkuasa 1 Sept. Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika mengumumkan berita baik itu di laman Twitternya menjelaskan kenaikan lebih tiga kali ganda itu dipersetujukan pada mesyuarat khas kabinet hari ini. Sebentar tadi kita baru tamat Mesyuarat Khas Kabinet yang membincangkan...