Grumpy Cat, seekor kucing yang dikatakan popular di internet kerana wajahnya yang kelihatan seperti marah, mati pada usia tujuh tahun kerana mengalami jangkitan kuman pada saluran kencing. Berita sedih tersebut diumumkan menerusi laman Twitter pada jumaat lalu oleh pemiliknya, Tabatha Bundesen. Grumpy Cat semasa hayatnya, bukan sahaja memberi kegembiraan kepada keluarga Bundesen, tetapi telah mengiburkan jutaan pengikutnya di seluruh dunia kerana reaksi wajahnya yang bersahaja. Rata-rata peminat...