KLANG, 13 Sept (Bernama) -- Kurang lima peratus daripada 404 hektar tanah pertanian di Johan Setia di sini menjadi 'mangsa' pembakaran terbuka, kata Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian. Beliau berkata kesan pembakaran terbuka itu juga bukan punca utama bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai tahap sangat tidak sihat di kawasan berkenaan sejak semalam sebaliknya ia disebabkan jerebu rentas sempadan. Hee yang...