Walaupun sekadar rekaan penulis skrip Nur dan Nur 2, karakter Aisyah yang terlalu setia dan sayang kepada suami seperti Ustaz Hamadi itu benar-benar wujud dalam kalangan masyarakat kita. Ini diakui pembawa watak Aisyah, Noorkhiriah Ahmad Shapie apabila lakonannya itu bukan sahaja meninggalkan kesan kepada peminat siri drama fenomena tersebut malah beberapa mangsa turut merasai sebagaimana yang dialami Aisyah. "Saya sendiri menerima DM (direct message) di akaun media sosial saya daripada beberapa...