SHAH ALAM - Isu peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dihentikan kerana ia menggugat keyakinan dan kestabilan pelaksanaan dasar serta usaha menarik pelaburan asing. Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata, kerajaan juga dilihat tidak stabil dan ia mengundang polemik berterusan.