KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Juara Liga Super 2019, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak kemenangan setelah menang bergaya 4-0 ke atas pasukan tercorot, Kuala Lumpur pada aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini, malam ini. Kemenangan ke-16 daripada 20 perlawanan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan meraih 52 mata dengan dua perlawanan. Kekalahan tersebut menyaksikan Kuala Lumpur hampir pasti tersingkir ke saingan Liga Premier musim depan setelah menduduki tangga...