IPOH: Seorang lelaki ditemui mati dengan keseluruhan badannya hancur dipercayai digilis kereta api di landasan kereta api Kilometer 175 hingga Kilometer 165 iaitu antara Stesen KTM Ipoh ke Stesen KTM Tasek, kelmarin. Dalam kejadian 5.20 petang itu, kapten kereta api elektrik (ETS) memaklumkan telah melanggar sesuatu di KM167.5 dan pemeriksaan di stesen tidak menemui apa-apa kesan sebelum meneruskan perjalanan. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata pihaknya menerima...